PETALING JAYA - Syarikat Bekalan Air
Selangor (Syabas) telah mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan diesel
yang berlaku kira-kira 10 kilometer daripada kawasan simpanan air.
Gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada
sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas.
Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase
1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja
pembersihan dijalankan.
Kawasan yang tejejas ialah Petaling, Kuala Lumpur,
Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Syabar, yang telah mengeluarkan amaran Kod Kecemasan di
tahap merah menasihatkan pengguna berjimat cermat dalam menggunakan air dan
menyimpan bekalan air secukupnya, ini kerana tempoh gangguan belum dipastikan
akan bermula bila.
Timbalan Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syabas,
Priscilla Alfred berkata mereka belum dapat memastikan punca tumpahan diesel
tersebut.
"Kami masih lagi menunggu laporan siasatan yang
dijalankan.
"Bagaimanapun, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah
memulakan operasi pembersihan," katanya.
0 comments:
Post a Comment