Melalui rancangan Melodi TV3, bekas tunang Wan
Sakinah Ahmad Saburi, 29, yang tidak dinamakan telah muncul menerangkan tentang
pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf
Muslim, 32, menjalinkan hubungan dengannya
Beliau turut menambah yang hubungan Ashraf dengan Sakinah
sudah berjalan sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada Dayana.
Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf Muslim
bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa
Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih
bertunang.
Pada masa itu saya memang frust, kerana saya sudah hampir
berkahwin. Saya tidak boleh menafikan yang pertunangan kami terputus kerana dia
(Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf
Muslim.
Alhamdulillah, apa yang Ashraf Muslim nafikan sebelum ini
akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan
oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.
Sambil menyuarakan simpatinya pada Dayana, bekas tunang Wan
Sakinah turut memberitahu sebelum ini apa yang diperkatakan olehnya tentang
Ashraf menjalinkan hubungan dengan tunangnya tidak dipercayai orang kerana
mereka menganggap Ashraf seperti ustaz. Beritahunya lagi, pertunangan dia dan
Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.
Mendoakan kebahagiaan mereka (Ashraf dan Sakinah) sehingga
ke akhir hayat, bekas tunang Wan Sakinah turut menasihatkan Ashraf agar tidak
lari dan bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan
(berpoligami) tidak salah.
Sebaliknya Ashraf patut berterus terang menghadapi pihak
media dan orang ramai.
0 comments:
Post a Comment