Lagi orang tak suka, lagi dia nak buat. Lagi orang kutuk,
lagi dia banyak dia bikin video ‘panas’. Siapa lagi yang sedang diperkatakan
ini kalau bukan adik kepada pelakon kepada Sharifah Shahirah, iaitu pelakon
Sharifah Sakinah. Kebelakangan ini semakin menjadi-jadi pula tabiatnya suka
memuat naik video kontroversi di laman Keek.
Sakinah mula menjadi perhatian ramai melalui satu video di
mana dia memberitahu warna pakaian dalamnya secara terang-terangan melalui
akaun Keek Anzalna Nasir. Walaupun dikecam hebat kerana ramai berpandangan
sikapnya yang seperti tidak bermoral, namun Sakinah terus merakam dan memuat
naik video-video lain.
Terbaharu, Sakinah berkongsi satu lagi video yang
menunjukkan zip seluarnya terbuka semasa sedang bercakap. Dan petang
semalam, kakaknya yang mesra dengan panggilan Shiera ini menulis sesuatu di
akaun Twitter miliknya mengenai sikap adiknya itu.
Shiera juga memberitahu dia pernah bercakap dengan Sakinah
mengenai perkara itu tetapi mungkin tidak diambil pusing oleh Sakinah. Walaupun
Sakinah ada memberitahu kepada pihak media yang ahli keluarganya memahami
sikapnya yang gila-gila. Tapi daripada penulisan Shiera itu dilihat dia sudah
seperti tidak boleh menerima perangai adiknya itu yang sudah keterlaluan.
Baguslah Shiera tidak bersikap menegakkan benang yang basah
walaupun yang melakukannhya itu ahli keluarganya sendiri. Dalam hal ini, MD
puji dengan cara Shiera yang boleh berfikir dengan lebih baik dan matang
berbanding adiknya. Cuma kalau Sakinah terus-terusan mendedahkan sikap
giler-gilernya itu pada umum, bimbang nanti masyarakat akan terus-terusan
membenci bukan saja tuan punya badan tapi seluruh ahli keluarganya. Jangan pula
nanti kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
0 comments:
Post a Comment