Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Isu terbaru kali ialah perlawanan bola sepak Separuh Akhir Kedua yang menyaksikan antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim terpaksa dihentikan. Kenyataan di bawah ialah daripada salah seorang saksi kejadian yang dipetik dari Facebook.
"via HarimauMalaya : Admin berada di tempat kejadian.. Pada mulanya situasi terkawal.. penyokong pahang yang ramai melimpah ruah, sudah mula memberi kerjasama dan tiada lagi mana2 penyokong yg berada di atas trek.. Pihak stadium mengucapkan terima kasih kepada kedua2 penyokong kerana memberi kerjasama..
Pada pukul 9.45mlm pemain pahang mula memasuki padang dan bersedia untuk bermain.. selepas itu giliran pengadil masuk padang.. tapi pasukan JDT tak masuk-masuk lagi ke padang selama 15 minit sehingga membuatkan penyokong Pahang berang terpaksa tunggu lama.. Pemain Pahang dan pengadil yang tunggu di situ seperti buat bodoh je tunggu lamanya dan penyokong sudah tidak sabar untuk menonton.. situasi terkawal ketika ini.. tetapi penyokong kelihatan berang kerana pasukan JDT belum masuk Padang lagi di saat pengadil dan pasukan pahang sudah bersedia..
Selepas itu, seorang pegawai polis jalan-jalan mengelilingi stadium memberi tanda bagus kepada penyokong pahang dan itu menandakan perlawanan selamat utk dijalankan..
Apabila pegawai polis itu lalu didepan Penyokong JDT, entah apa yang tak kena di atas tempat duduk penyokong JDT yang secara tiba-tiba baling botol plastik di luar stadium.. rupa-rupanya ada kejadian baling batu dari luar stadium sehingga terkena salah seorang dari penyokong JDT.. Lalu penyokong JDT merusuh keluar beramai-ramai ke padang sebagai tanda tidak berpuas hati dengan sistem keselamatan di stadium..
Ketika ini penyokong Pahang yang berada di stadium kelihatan tergamam dengan tindakan penyokong JDT yang merusuh keluar ke padang di stadium.. Ini bukan salah mereka kerana mereka tidak baling batu.. Mereka cuma terkejut dan tidak puas hati dengan kejadian baling batu itu..
Yang baling batu ialah orang yang berada di luar stadium.. (tak pasti siapa orangnya, mungkin penyokong pahang atau orang lain yg berada di luar stadium). - ini puncanya sebenarnya kejadian di stadium sebentar tadi..
Maka, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana situasi tidak terkawal lagi.. Penyokong Pahang berang lalu masuk ke padang kerana tidak puas hati dengan penyokong JDT kerana menangguhkan perlawanan.. Penyokong Pahang yang lain sudah mula naik angin lalu berlaku pergaduhan dengan penyokong JDT..
kesimpulannya, pihak Stadium dan pengurusan GAGAL dalam aspek keselamatan.. Kucing pun boleh berak.. Ini adalah malam yang cukup mengecewakan penyokong Pahang dan JDT yang mahu menikmati perlawanan separuh akhir Piala FA..."
Perbandingan tiket palsu dan asli |
Atau mungkin disebabkan ini :
Sumber gambar dari Facebook
0 comments:
Post a Comment