SUSULAN kontroversi tiga penjuru yang menimpa pelakon, Eina
Azman dengan ibu kepada pelakon, Afiq Muiz dan pelakon lelaki terbabit, Eina
hari ini menegaskan untuk menyaman Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu
membuat permohonan maaf secara terbuka.
Minggu lalu, Eina memberikan tempoh selama tujuh hari kepada
ibu Afiq untuk meminta maaf kepadanya secara terbuka selepas didakwa
menyebarkan fitnah ke atas dirinya.
Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk
menyaman Hasliza, pelakon Mimpi Cinderella itu mengakui tidak mendapat
tentangan dari Afiq.
“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu
pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang
kukuh.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang
kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang
dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut…sedangkan dia tak ada
bukti. Dia masih nak lawan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika
dihubungi, hari ini,
Menegaskan mempunyai bukti terhadap ‘serangan’ dari pihak
Hasliza, Eina tetap meneruskan hasrat untuk menyaman wanita berusia 48 tahun
itu.
“Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti
siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap
adalah fitnah,” katanya.
Eina yang dikaitkan dengan kisah Hasliza yang mendakwa Afiq
Muiz sebagai anak derhaka, menyifatkan kontroversi tersebut sebagai murahan.
“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang
ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina?
“Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak
dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah
kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya. – Sinar Harian
Online
0 comments:
Post a Comment