Kira-kira  jam 8.45 malam tadi,  mengikut
 waktu tempatan di  Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat  AK
1455,    warga  Malaysia  dihampiri oleh  kakitangan
 lelaki  Air Asia. Penerbangan  pulang ke Kuala Lumpur
 dijadualkan  berlepas pada jam  9 malam ( 10 malam waktu
 Malaysia ).
Setelah  beberapa minit  berlalu, perlahan
 saya  kemudian  mendekati kumpulan penumpang itu  dan
 mengajukan soalan.
"Ada masalah apa puan?"
"Kakitangan  Air Asia ini berkata,  anak saya
 dilarang  menaiki pesawat  kerana dia  demam campak.
  Kami  sekeluarga,  dua belas orang,  datang  ke Ho
Chi  Minh  pada hari Rabu lalu.  Kami memang  ada
 membawa bekalan ubat demam,  jadi bagi kepada dia kalau dia
 demam.  Dia  sudah  tidak demam lagi,"  ujar
 ibu bayi,   Izan  Suhaila Mohd Ali,  36 tahun.
"The  mother and the baby had to stay here
 for  five days. They cannot  board the aircraft," arah
 kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.
Mereka  bimbang sekiranya deman terbabit
 menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli  keluarga  Izan, semua  beg
pakaian  mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat.  Setelah
 bercuti  selama empat hari,  kandungan beg  bercampur aduk
dan barangan  keperluan  asas Izan dan anaknya,  Maryam
 sukar dipisahkan.  
Bayi,  Maryam  Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.
Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan
 syarikat  penerbangan  tambang murah itu.
"So, all twelve had to stay  then ,"
 balasnya.
"I understand the situation, law is a law but
 don't  forget, these are human beings not dogs or cats. If she
 were going to stay here for another five days, she and the baby need
 cloth to wear.  Please refer this matter  to your superior
again before making  further decision," balas saya.
Tidak lama kemudian,  muncul seorang penumpang MELAYU
memperkenalkan dirinya  sebagai  pegawai perubatan ( medical
doctor )  datang menghampiri dan menyentuh  tubuh
Maryam. 
"Dia  kena chicken pox tetapi
sudah tidak demam lagi. Hanya  tinggal kesan tompokan hitam sahaja di
tubuh,"  ujar doktor terbabit.
Namun kenyataan beliau tidak dihiraukan oleh petugas di situ.
Namun kenyataan beliau tidak dihiraukan oleh petugas di situ.
Beberapa minit  kemudian  tampil  pula
jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah
 ketiak bayi itu sebanyak dua kali.
"Apabila  kita  bertanya,  berapakah
suhu  badan  Maryam,  dia membisu,"  ujar kakak
 Izan,  Norhamiza.
Saya  perhatikan,  airmata  jernih  mula
bergenang  di bawah  dua kelopak mata Izan sambil dia terus
 mendakap  erat  anaknya mengalami sindrom down.
Barangkali   dia  bak  tidak mampu
 mempercayai  cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan
pula suami tersayang  tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak
mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.
Keputusan muktamat  telah  dibuat  oleh
kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak  biarpun tidak
 dipersetujui ramai penumpang lain.
"The captain  doesn't  allow this baby on
board," ujar pegawai sama kepada kami.
Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya  Ho Chi Minh
untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak  membawa  baki wang
 tunai tatkala  pulang ke Malaysia.
Di saat perpisahan hampir menjenguk,  Izan dipeluk erat
 oleh ahli keluarganya. Mereka juga  tidak berupaya  menahan
 deraian  airmata tumpah di pipi. 
"Ibu ini diarahkan untuk  tinggal  bersama
anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak  mempunyaii
wang tunai mencukupi.   Kalau  hati terbuka untuk menghulurkan
bantuan, dipersilakan,"  kata saya spontan kepada semua penumpang
sedang  beratur untuk menaiki pesawat.
Tidak semena-mena,  warga Malaysia pelbagai bangsa,
 Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa, tanpa berfikir panang, mengeluarkan
 matawang  pelbagai jenis dari poket serta  beg duit
 mereka dan pantas  menghulurkan  kepada Izan.
Hebat  sungguh warga Malaysia. Memori  sebegitu
 bakal terus  terpahat  di minda saya, selagi hayat
 dikandung  badan.
Saya berasa amat kagum.
Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga,
 fakta  itu diketepikan.  Saya melihat lelaki Cina bertubuh
tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan  sejumlah wang kepada Izan, berdiri
di elevator. 
Kakitangan Air Asia bertugas bak  tidak sabar untuk
membawa Izan,  Maryam dan dua anak buahnya  keluar daripada kawasan
itu.
Sebelum beredar, Izan  sempat dipeluk oleh
 beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain,
berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan
mendermakan  wang tunai.
Saya  berasa amat  terharu menyaksikan  detik
memilukan itu tetapi gagal untuk  tidak mengizinkan kejadian itu
berlaku.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit.
Andai  kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan  Air
Asia,  Tan Sri  Tony  Fernandes  tiba-tiba berkebetulan
  muncul  di lokasi itu,  pasti saya  tidak segan
 untuk merayu ...
"Tan Sri,  tolong  hulurkanlah  sedikit
 bantuan.  Mungkin kakitangan  Air Asia boleh  mencarikan
hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun
kini hampir jam 10 malam.  Pengguna  perkhidmatan  syarikat Tan
Sri itu  juga BUKAN  orang kaya  dan ternama  seperti Tan
Sri.  Apapun,  hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia
dan mereka telah membayar tambang  untuk pulang. Jika  penumpang
tidak mengenali mereka,  sudi membantu,  inikan pula Tan Sri,
 individu  tersohor di mata rakyat  Malaysia"
Malangnya  saya tidak berpeluang  bersemuka dan
meluahkan rayuan itu kepada  Tony  tatkala beliau  diperlukan. 
Saya  bukan Richard Branson and I don't wear
skirt.
Lupakan Tony  tetapi saya  berharap  selepas
 membaca entri ini,  beliau  dan kakitangan Air Asia  akan
 mengambil tindakan segera menangani  kesengaraaan  bakal
ditempuh  penumpang  malang  pesawat Air Asia terbabit. 
Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan and Maryam are humans.
Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan and Maryam are humans.
Sekitar  jam 9.30 malam,  kami  semua
 hanya mampu menjadi penonton  ketika ibu dan anak itu
 diarahkan  keluar dari pintu 18,  lapangan terbang. 
Pesawat  AK 1455  terbang  pada kira-kira jam
10 malam   waktu Vietnam,  terlewat kira-kira sejam  berbanding
masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN,  tiada sebarang permohonan maaf
diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.
Sebaik menaiki  pesawat,  saya menceritakan
 butiran  kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri
 berhampiran  pintu  utama pesawat.  Melihat reaksi
 wajahnya gadis berpakaian  serba merah itu,  saya dapat
 menjangkakan  kes itu  terlalu  asing  bagi
dirinya. 
"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground
 staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu,"
 pinta saya.
Setelah menjamah  nasi lemak tidak berapa enak dipesan,
saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi. 
"Saya dimaklumkan,  ibu dan anak itu telah dibawa
ke hospital oleh ground staff kita," kata gadis
 tinggi lampai itu.
"Adakah  kapten mengetahui kejadian itu?
 Kerana  ground staff   tadi  memaklumkan saya
dan  keluarga  Izan,  kapten  tidak membenarkan Mariam
 menaiki pesawat," soal saya.
"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya
maklumkan,"  akui Kasturi.
Kapten  bertugas,  Ariffin Bakar.
Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar
undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat  ternyata
 membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan
kadar segera  di hospital di Ho Chi Minh  terlebih dahulu.
Sewaktu  tiba di LCCT,   saya mendapatkan
 berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya,
Zaiton Baharom, 71 tahun.
"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan.
"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan.
"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon,  Izan
berkata,  kakitangan  Air Asia itu menghantar mereka sampai ke
stesyen  teksi dan berkata, I am sorry.  Izan kemudian
 terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri
kemudian pergi balik ke May  Flower  Hotel,  tempat kami
menginap  sebelum ini. Bayarannya,  USD60 semalam. Hujung minggu,
banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip   pertama
Izan ke Vietnam," tambah  Norhamiza.
"Jadi  tidak benarlah kenyataan  mereka
 kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia
bertugas di lapangan terbang?,"  tanya saya kepada ahli perniagaan
itu.
"Tidak," balasnya ringkas.
"Apakah  pesanan puan kepada Air Asia?," soal
saya.
"Periksa secara teliti  terlebih dahulu sebelum
 membuat keputusan.  Jika Maryam  membawa penyakit,  sudah
pasti kami antara individu paling awal  dijangkiti kerana kami
bercampur-gaul dengan dia.  Saya sendiri  tidur sebilik  dengan
Maryam,"  luah Norhamiza, kecewa.
Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka
mempunyai wang mencukupi  untuk Maryam melakukan pemeriksaan  darah
di hospital di Vietnam?  Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?
SUMBER : mazidulakmal.com




0 comments:
Post a Comment