Suarez dan Liverpool terkejut apabila Football Association
(FA) mengumumkan penyerang itu dikenakan gantung 10 perlawanan kerana menggigit
pemain Chelsea, Branislav Ivanovic.
Ini akan melibatkan empat perlawanan terakhir Liga Perdana
dan enam perlawanan musim depan.
Ini bermakna, Suarez hanya akan beraksi pada bulan September
tahun depan. Difahamkan juga dia harus menjalani hukuman tersebut walaupun dia
berpindah ke pasukan lain.
Suarez mempunyai masa hingga hari Jumaat untuk kemukakan
rayuan tentang penggantungan itu tetapi beberapa akhbar di UK mengatakan bahawa
dia akan meninggalkan Liverpool.
Menurut sumber akhbar Guardian, Suarez merasakan dia menjadi
mangsa pihak atasan bola sepak England.
Dia turut merasa sentiasa dipersalahkan dengan hukuman yang
dikenakan selepas dia digantung kerana bersikap rasis terhadap Patrice Evra
musim lepas.
Pada kejadian itu dia digantung lapan perlawanan dan akhbar
itu turut menyatakan bahawa Suarez menimbang untuk memulakan hidup baru di
Juventus atau Bayern Munich.
0 comments:
Post a Comment