Walaupun isu tersebut sudah selesai apabila Aaron
Aziz berkongsi gambar resit pendaftarannya sebagai ahli FDAM, sedikit
sebanyak tetap ada impak negatif terhadap kerjayanya. Bercakap kepada Kosmo hari
ini, Aaron Aziz berkongsi sedikit kisah dirinya diserbu di Malaysia:-
"Kejadian diserbu sebegini bukanlah kali pertama kerana ia
sudah berlaku sebanyak tiga kali ke atas diri saya. Sebelum ini pihak FINAS
pernah membuat pemeriksaan sama ada saya memiliki permit ketika berlakon dalam
filem KL Gangster serta drama Adam Dan Hawa dahulu. Sebelum ini saya pernah
mengarahkan sebuah telefilem berjudul Kekasih Awal Dan Akhir pada tahun 2011,
tetapi tiada pula mana-mana pihak yang datang membuat serbuan. Sudah tentu
kejadian ini menimbulkan sedikit kehairanan, tetapi saya tidak mahu tuduh kalau
ada orang yang ada hasad dengki. Lebih penting saya terus diberikan rezeki oleh
Allah, meskipun berhadapan dengan pelbagai kontroversi selama ini"
0 comments:
Post a Comment