Kesian pun ada juga kepada si Afiq Muiz ini. Baru nak
popular, sudah timbul macam-macam cerita. Kononnya Afiq besar kepala, degil dan
hanya mengikut telunjuk “kekasih hatinya“, Eina Azman.
Yang dikisahkan ialah sama ada benar atau tidak Eina
itu kekasih Afiq. Anda boleh menarik nafas lega kerana Afiq Muiz menerusi Kosmo hari
ini menyatakan yang dirinya dan Eina cuma kawan baik sahaja. Kata Afiq:-
Saya tiada kekasih!
Sejujurnya, saya tidak tahu kenapa saya digosipkan dengan Eina kerana kami cuma
berkawan baik. Saya mengenalinya sudah tiga tahun dan saya tidak faham kenapa
Eina sering dibabitkan apabila timbul masalah berkaitan saya. Dia tidak pernah
masuk campur hal saya, begitu juga sebaliknya. Kami tidak pernah mengumumkan
kami sedang bercinta dan tiada perancangan untuk meneruskan ke peringkat
selanjutnya. Hubungan kami hanya sebagai kawan.
Mestilah orang kaitkan kalau asyik-asyik ada gambar bersama
Eina je. Gambar pun rapat semacam je. Kawan baik kawan baik jugak. Kalau awek
cun macam Eina Azman nie mestilah confirm kena gosip bercinta. Diharap dengan
penjelasan ini, semua lelaki di luar sana tidak melepaskan peluang ini untuk
mengorat Eina. Jangan menyesal kalau terlewat!!!
0 comments:
Post a Comment