November 18, 2013

INFO : Villa Nabila Kecoh

Leave a Comment

Salam semua pembaca, mesti ramai yang sudah tahu pasal misteri kehilangan yang berlaku di Villa Nabila baru-baru ini. Sebenarnya mambang pon agak pelik bila buka saja Twitter, FB, WeChat pakat-pakat dok sembang pasal Villa Nabila.

Lagipun mambang tak sempat nak terjah benda ni semua sebab mambang pi Event BloogersTV yang berlangsung di Restoran Khadijah Ibrahim baru-baru ini. Memang meriah, tapi sekarang bukan mambang nak cerita pasal itu. (hahahaha)

Let's we talk about Villa Nabila ni.

Villa Nabila yang terletak di Danga Bay, Johor Bahru ni memang ada kemisteriannya yang tersendiri. Dan pada 16 November yang lalu, berlaku satu lagi misteri di mana kita digemparkan oleh kehilangan beberapa orang yang cuba masuk ke villa ini untuk melakukan dokumentari ala-ala 'seekers'

Menurut sumber dari laman media sosial, dikhabarkan bahawa jumlah mereka yang masuk ke dalam ini ialah 30 orang dan hanya 7 orang sahaja yang dapat keluar.




Dan yang terbaru apa yang mambang baca setakat ini sudah 22 orang telah dijumpai dan dalam keadaan pengsan seperti 'dirasuk'.



Dan masih belum ada apa-apa lagi berita mengenai lagi seorang mangsa yang hilang. Sama-sama kita nantikan berita seterusnya dari pihak media dan doakan agar mereka semuanya dalam keadaan selamat insyaAllah.



Berita ini hanyalah info dari media sosial, terserah kepada anda untuk percaya ataupun tidak :)

0 comments:

Post a Comment

.