November 25, 2013

BERITA : Ditahan Kerana Muat Turun Movie Secara Haram

2 comments
Gambar daripada Sinar Harian
Fenomena muat turun movie daripada internet ataupun menonton movie secara online telah pon berleluasa dari dulu lagi. Namun kejadian ini tetap berterusan sehingga sekarang.

Pada 29 Oktober dan 8 November lepas, tiga remaja berumur 15-18 tahun ditahan dalam satu serbuan yang dinamakan Operasi Spyglass masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor kerana memuat turun filem tempatan tanpa kebenaran

Pengarah KPDNKK, Roslan Mahayudin berkata, dalam sebuan itu, mereka turut merampas tiga buah komputer riba, satu unit broadband, dua unit router, dan dua unit modem yang bernilai hampir RM 12,000.

Antara filem yang dimuat turun ialah KL Gangster 2, KL Zombie, dan Tanda Putera yang boleh didapati dalam laman web allinoneatheremovie.blogspot.com, pjsenter.com, dan piratesbytez.com.

Mereka yang ditahan boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM 2,000 dan maksimum RM 20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Menurut Roslan, bahagian penguatkuasaan KPDNKK juga akan mengeluarkan notis kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM)  untuk menghalang akses ke laman sesawang tersebut.

Ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan aktiviti jenayah siber ini.

SUMBER

2 comments:

.