October 08, 2013

HIBURAN : Sharifah Amani Dihentam Syamsul Yusof

Leave a Comment

Baru-baru ini, Sharifah Amani telah muncul sebagai antara pelakon utama filem arahan Nam Ron, Psiko Pencuri Hati. Filem itu mendapat klasifikasi 18PL, dan ini secara langsung menghadkan jumlah penonton yang ada kemungkinan menonton filem tersebut. Khabarnya, kutipan bagi filem Psiko Pencuri Hati di pawagam tidak begitu memberangsangkan.

Besar kemungkinan juga, inilah yang dipersoalkan oleh Amani apabila mengeluarkan tweets berbunyi begini:-





Mungkin kerana menganggap tweets Amani ditujukan kepada dirinya, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster 2 telah memberikan reaksi beliau, namun tweetnya ditujukan terus kepada ibu Amani.

Berhubung reaksi Syamsul, Amani selepas itu juga memberikan maklumbalas secara terus kepada pengarah muda itu:-

Sebenarnya memang mudah untuk Syamsul ‘terasa’ dengan tweets tersebut, kerana walaupun merujuk kepada filem Syamsul, apa yang tersirat ialah kritikan Amani kepada pihak yang mengklasifikasikan filem, mungkin juga Lembaga Penapis Filem (LPF) tentang ‘double standards’ yang diamalkan dalam memberikan klasifikasi .

Mungkin juga ada benarnya apa yang diperkatakan Amani, kerana beberapa masalah berkenaan LPF dan ‘double standards’ sudah diperkatakan oleh penggiat industri filem sejak dekad 80′an.

0 comments:

Post a Comment

.