October 16, 2013

HIBURAN : Gambar Comel Anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel

Leave a Comment
wawa, zainal, aeril

Dengan caption “Menanti cahaya mata ini sedar.menatap kami berdua.rindu dengar tangisannya“, gambar ini telah mendapat lebih 16,000 LIKE daripada peminat Wawa Zainal. Banyak pihak yang mendoakan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan Ahmad Fakharuddin Attar yang telah dilahirkan pada 24 Ogos yang lalu




Sebelum itu Aeril Zafrel juga telah berkongsi gambar anaknya menggenggam jari seseorang. Dengan caption “Ya bunayya. (Wahai anakku) engkau dari #cintahalal aby&ummiy“, gambar tersebut telah mendapat lebih daripada 24,000 LIKES. Malah Aeril Zafrel menerusi akaun Twitternya juga melahirkan rasa tidak kisah dihina oleh mereka yang memandang serong terhadap perkahwinannya.




Nampak gayannya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah mula berani untuk berkongsi kisah hidup mereka selepas berkahwin. Nampak sangat bahagia dan ceria. Sama-samalah kita doakan agar mereka terus bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga apa yang telah terjadi dijadikan pengajaran buat mereka berdua dan kita semua.

beautifulnara

0 comments:

Post a Comment

.