October 19, 2013

HIBURAN : Diana Amir Pilih Konsep Islamik

Leave a Comment
diana amir, diana, dina, sir habib, uitm
Setahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan, akhirnya Diana Amir telahpun mengumumkan tarikh majlis pernikahannya didalam sidang media khas semalam. Diana bakal menamatkan zaman daranya dengan seorang petugas di Univeristi Teknologi Mara (UITM) Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober 2013 ini.


Majlis Ijab Qabul akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Persint 3 Putrajaya pada jam 9 malam. Yang menariknya Diana menegaskan majlis penikahannya akan dilangsungkan berkongsep Islamik dan telah mendapat nasihat dari Ustaz yang bertauliah.

uitm, sir habib, diana amir

Saya sebenarnya nak ketengahkan apa yang Islam anjurkan. Contohnya seperti budaya mencium dahi semasa upacara membatalkan air sembahyang boleh digantikan dengan sekadar mengusap kepala pengantin perempuan. Begitu juga dengan konsep inai yang membolehkan seorang wanita melukis moti tumbuh-tumbuhan dan bukannya menyerupai tatu.

Perjalanan majlis itu nanti saya akan tentukan bersama ustaz yang saya kenali. Kalau boleh saya mahu tunjukkan bahawa majlis pernikahan sebenarnya adalah sesuatu yang mudah dan tidak membebankan.

Di majlis itu juga nanti, takkan ada dulang yang banyak-banyak. Cuma ada 3 dulang hantaran sahaja mewakili senaskah Al-Quran, cincin dan mas kahwin

Menurut Diana juga, pihaknya hanya menjemput 250 orang tetamu sahaja untuk hadir termasuk dikalangan media, keluarga serta kenalan rapat. Walaubagaimanapun, pasangan bakal mempelai ini masih lagi belum menetapkan tarikh untuk persandingan mereka lagi.

ohartis

0 comments:

Post a Comment

.