Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang
berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat
dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.
Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV)
di lokasi kejadian, polis percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai
‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai
yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek berkenaan
menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau
Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop)
ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis juga telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun di
sebuah restoran di Sri Petaling, di sini, jam 9 malam tadi, dipercayai individu
membawa suspek.
Siasatan awal mendapati pemandu teksi itu menurunkan suspek
di Jalan Alor selepas insiden berkenaan


0 comments:
Post a Comment