Ramai yang dah tahu pada 24 Oktober lalu, Faizal Ismail telah mengeluarkan kenyataan mengenai perletakan jawatan beliau adalah benar.
Berikut merupakan apa yang dipetik dari Gua.com.my :
“Saya dah fikir mengenai perkara ini sejak dua tahun lepas dan hanya isteri serta keluarga saya saja yang tahu mengenai hasrat ini. Apa yang saya buat ini (letak jawatan) adalah satu tindakan yang biasa. Selama tujuh tahun di Hot FM, saya dah capai tahap yang saya inginkan dan saya mula berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan dalam kerjaya selain menjadi penyampai radio.
“Apapun, saya akan
menyambung semula tugas saya di sana namun hanya sebagai penyampai radio
sambilan saja bermula Disember nanti. Walaupun saya letak jawatan, namun mereka
masih menawarkan peluang kepada saya. Saya terhutang budi dengan mereka dan
saya hargai sangat dengan peluang yang diberikan,” ujar pengelola slot AM Krew
ini sekaligus menepis dakwaan kononnya dia berhenti dari Hot FM kerana mendapat
tawaran dari stesen radio lain.
Beliau juga berkata bahawa beliau tidak akan kembali ke stesen radio sebagai penyampai tetap.
Dan di bawah adalah video khas dari HotFM yang diberi tajuk Terima Kasih FBI
Dan di bawah ini adalah video Luahan Hati AG :
0 comments:
Post a Comment