Kota Bharu : Penyokong The Red Wariors (TRW) mengecam
tindakan pemain import Johor Darul Takzim (JDT), Leonel Nunez yang didakwa
menunjukkan isyarat lucah ke arah penyokong Kelantan ketika perlawanan suku
akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin –
Bharian Online
Penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Leonel Nunez dilaporkan
bakal berdepan tindakan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas
pemain itu didakwa melakukan kesalahan ketika perlawanan suku akhir kedua Piala
Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu 5 Oktober 2013
Kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Nunez adalah membuat
isyarat lucah kepada penyokong tuan rumah (Kelantan). Sementara itu gambar
kelakuan Nunez yang dianggap tidak bermoral tersebut turut disebarkan di laman
sosial Facebook foto nunez tunjuk isyarat lucah gambar nunez buat isyarat lucah
kepada penyokong kelantan
Menurut sumber berita, FAM hanya menunggu aduan rasmi
daripada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung perkara terbabit untuk
mengenakan tindakan terhadap bintang import Johor DT dari Argentina itu
Difahamkan FAM boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana
pemain yang membuat isyarat lucah kerana ada peruntukkan dalam peraturan.
0 comments:
Post a Comment