PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah sedia menerima
pelakon Johan As'ari sebagai bakal suami sekiranya mereka ada jodoh.
Shila berkata, setakat ini Johan antara sahabatnya yang
paling rapat tetapi dia tidak dapat mengesahkan hubungan itu serius seperti
pasangan bercinta.
"Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia
sebagai satu hubungan pasangan bercinta.
"Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan
saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu
hari nanti," katanya.
Shila ditemui pada majlis pengisytiharannya sebagai artis
naungan Warner Music Malaysia di Hotel Royale Bintang, Damansara di sini pada
Rabu.
Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Patah
Seribu itu, Johan muncul dalam hidupnya sebelum dia mengerjakan umrah
pada Mac lalu dan kehadiran lelaki itu seperti memberikan aura positif padanya
serta keluarga.
"Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat
terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya
perangai seseorang itu.
"Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami
membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama
berkenalan rupa-rupanya.
"Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga
semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam
kerjaya masing-masing," ujarnya.
Sementara itu, Shila yang kini menetap di China bersyukur
dapat bernaung di bawah Warner Music kerana ia lebih memudahkannya dalam
menguruskan kerjaya seninya di Malaysia.
"Sekarang ini saya muncul dengan album baru berjudul Shila
Amzah. Memandangkan saya banyak menghabiskan masa di China, saya memerlukan
sesebuah pengurusan yang boleh mempromosikan album saya di negara ini.
"Selepas pihak Warner menawarkan saya berada di bawah
naungan mereka, saya rasa ini adalah peluangnya di mana kontrak diikat mengikut
bilangan album yang dikeluarkan," tuturnya.
Turut hadir pada majlis itu, bapa Shila iaitu N.D Lala serta
Ketua Pegawai Eksekutif Warner Music, Darren Choy.
0 comments:
Post a Comment