PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sungai Limau akan diadakan pada 4 November manakala hari penamaan calon
ditetapkan 23 Oktober.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz
Yusof berkata, daftar pemilih itu mengandungi 27,222 pemilih dan dua pengundi
tidak hadir luar negara.
"Bagi pilihan raya kecil ini, tidak ada pengundi awal
kerana tiada polis atau Angkatan Tentera Malaysia yang mendaftarkan diri
sebagai pengundi awal,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini,
hari ini.
Sebelum itu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat khas bagi
menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen
Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga
bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan
kencing
manis. - Bernama
0 comments:
Post a Comment