KUALA LUMPUR – Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk
menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat
(CCRIS).
Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh,
mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan
berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang
perlu dibimbangkan oleh para graduan.
“Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan
membuat pembayaran balik pinjaman mereka,” kata Idris pada sidang media selepas
menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.
Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran
balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan
satu jadual pembayaran balik yang baru.
Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam
pangkalan data CCRIS.
Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka
sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.
0 comments:
Post a Comment