PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri, Rabu.
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda
Umno, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter dan laman Facebook beliau berterima
kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian
terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai ‘mendengar suara orang
muda’.
“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN
tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.
Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar
suara-suara orang muda,” katanya.
Pemuda Umno pada Selasa, membantah keputusan kerajaan untuk
menyenaraihitamkan peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka di
bawah CCRIS kerana berpendapat kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia
ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka.
0 comments:
Post a Comment