Selepas berpecah dari Kumpulan Sepah, Mamat kini
lebih selesa bergerak sendiri. bagi Mamat, apa yang berlaku antara dia dan
kumpulan Sepah ada hikmahnya. Jelas Mamat dia sekarang lebih matang dan kuat
untuk berdepan dengan apa jua jenis dugaan dihadapannya.
Melihat kejayaan dua rakannya sekarang, Mamat tidak langsung
menyimpan dendam malah bersyukur dan gembira melihat kejayaan dua rakannya
bersama Sepahtu yang jelasnya idea asal Sepah adalah datangnya daripada dia
sendiri.
Hubungan mereka bertiga masih baik sehingga ke hari ini.
Jika balik ke kampung, mereka akan berjumpa dan masih meluangkan masa bersama.
Satu majlis Anugerah Lawak Warna anjuran Astro yang telah
berlangsung secara live di Istana Budaya. Mamat turut dilihat
hadir ke majlis tersebut. Kedatangan Mamat yang didampingi seorang gadis cantik,
mencuri lensa mata tetamu yang hadir. tidak melepaskan peluang yang ada, lantas
Mamat didekati untuk merisik gerangan gadis.
Selepas dirisik, Mamat mengaku gadis tersebut merupakan
tetamu istimewa hatinya sekarang. Lebih ringkas, kekasihnya sekarang selepas
putus bersama Fida kira-kira 2 tahun lalu.
Gadis cantik manis yang mengenakan kurung peplum bewarna
peach itu memperkenalkan dirinya sebagai Nurul Syafiqah Zakaria.
Ditanya sejauh mana seriusnya hubungan percintaan mereka,
jelas Mamat dia mahu Syafiqah menumpukan pada pengajiannya terlebih dahulu.
“Saya nak dia (Syafiqah) habiskan study dia dulu. saya tak
mahu nanti menggangu pelajaran dia. Bila dah selesai semua, baru kita rencana
agenda seterusnya. Kalau nak kawin nanti, pasti saya umumkan.”
“Mula-mula kami tak terfikir nak serius pun. Lama kelamaan
makin rapat dan terbit keserasian antara kami.”
“Dia jugalah menjadi tulang belakang saya sekarang selepas
keluarga saya. Masa saya tengah ditimpa banyak gosip berat, dia sentiasa ada
dengan saya.”
Mengenali Syafiqah lebih setahun lalu. Gadis berusia 23
tahun itu kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang International Business
di MSU Shah Alam.
Di dalam perkembangan terbaharu, Mamat bakal membuat
kemunculan semula bersama Rahim R2 dan Munir dalam pentas Maharaja Lawak Mega
pada November ini dengan menggelarkan kumpulan mereka
lawanya kekasih mamat.
ReplyDelete