August 03, 2013

DUNIA MASA KINI : Kami (Syiah) Dipesan Agar MENIPU !

Leave a Comment

Fahaman Syiah, sebenarnya sudah sangat lama bertapak di Malaysia.
Namun kehadirannya kurang dipedulikan kerana ia menular perlahan-lahan, malah metadologi penyebarannya sendiri sememangnya dilakukan secara halus.

Buktinya, video di bawah yang sudah berada di Youtube sejak tahun lepas lagi.

Dalam video ini, seorang lelaki yang didakwa sebagai Ustadh Behjatpour, Ketua Pusat Penyelidikan Bagi Kepercayaan dan Kebudayaan Qom (Iran) menyampaikan pesanan khusus kepada pengikut Mazhab Ahlul Bait (Syiah) di Malaysia agar mengikut nasihat tegas para Imam Maksum mereka supaya melakukan yang terbaik untuk mendekati masyarakat Ahli Sunah Waljamaah di negara ini sekaligus mengajak kita mengikuti fahaman mereka.

Antara yang perlu dilakukan, termasuklah berpura-pura solat seperti mana biasa.
Pesan Behjatpour, Imam Maksum mereka seperti Imam As-Sadiq turut berpesan tentang taqiyyah, atau menipu demi meraih kepercayaan orang terhadap mereka.

Taqiyyah itu pula jelasnya, tidak sama dengan taqiyyah yang diterima dalam Islam iaitu demi menyelamatkan diri atau nyawa daripada ancaman jika bercakap benar.

Sebaliknya, taqiyyah dilakukan pengikut Syiah dianggap ‘Penipuan Suci’ demi mengambil hati seseorang agar mangsa rapat dengan mereka seterusnya dipesongkan akidahnya.

Dengan pendedahan ini, mudah-mudahan umat Islam sentiasa berhati-hati. Sesungguhnya lebih mudah mengenali musuh yang terang-terangan membenci kita daripada musuh dalam selimut yang menanti masa untuk menggelincirkan kita dari landasan Islam sebenar.

Hayatilah hadis Rasulallah di bawah:

“… Dan demi Dzat Yang jiwaku ada ditangan-Nya, sungguh umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, satu golongan akan masuk surga dan 72 lainnya (mampir dulu) ke neraka.” Rasulullah ditanya: “Siapa golongan yang selamat itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Al Jama’ah.” (HR Ibnu Majah)

“… dan umatku akan terpecah-belah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk (dulu) ke neraka, kecuali satu golongan.” Para sahabat bertanya: “Siapa mereka, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Siapa pun yang berada di atas apa yang aku dan para sahabatku ada padanya.” (HR Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Nota:


Hari seperti hari ini, iaitu Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan dikenali sebagai Hari al-Quds Sedunia oleh pengikut Syiah. Perayaan ini digagaskan oleh tokoh Syiah Rafidhah iaitu Khomeini. Ia diadakan KONONNYA demi memperingati perjuangan umat Islam di Palestin. Pada hari ini, penganut Syiah akan keluar beramai-ramai sambil menjunjung poster-poster gambar Khomeini.


0 comments:

Post a Comment

.