BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami
tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah
kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat
lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di
sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya
memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan
berpindah sekolah.
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui
kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit
yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja
sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia
tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100
meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu
sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang
menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan
memaklumkan kejadian sebenar.
“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan
perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan
keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah
menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya
kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana
pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. –
Bernama
0 comments:
Post a Comment