Nampaknya satu demi satu musibah melanda aktor Shahz
Jaszle,25. Bermula dengan isu ditangkap khalwat dengan Farah Nurrizati Salleh,
21, kemudian putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail, 25, kini Neelofa pula
menuntut duit hutangnya sebanyak RM5,000 daripada aktor kacak itu.
Murai Batu pun tak pasti, bila Shahz Jaszle meminjam duit
dengan Neelofa. Barangkali kes ini terjadi sewaktu mereka berdua dulu pernah
akrab dan pernah menjalinkan hubungan cinta.
Yang menariknya, Neelofa telah menuntut duit hutangnya itu
daripada Shahz Jaszle sewaktu aktor itu bersemuka dengan Farah di Bangsar pada
minggu lalu untuk mempertahankan pendiriannya bahawa dia telah ditangkap
berkhalwat kerana diperangkap serta dia tidak mempunyai apa-apa perasaan
terhadap Farah.
Dia mempertahankan pendiriannya itu di hadapan ibunya dan
juga wakil pihak media yang turut hadir sama dan pada ketika itulah Neelofa
dikatakan telah menghantar mesej buatnya.
Lalu, Shahz Jaszle telah menggunakan peluang untuk
memberitahu semua yang ada di situ bahawa lihatlah, bukan dia yang mencari
mereka (perempuan) tapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan
nombor Neelofa.
Namun, apa yang dilakukan oleh Shahz Jaszle itu nampaknya
telah memakan dirinya sendiri kerana salah seorang saksi yang berada di situ
telah menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms
itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz
Jaszle daripadanya.
0 comments:
Post a Comment