Hari ini melalui laporan Berita Harian, seorang wakil kepada keluarga Redzwani Putri telah
tampil memberitahu yang pertunangan Redzwani dengan Shahz Jaszle telahpun
diputuskan 10 hari lepas. Ianya diputuskan oleh ibu bapa Redzwani sendiri yang
berkunjung ke rumah ibu bapa Shahz dan memulangkan dua bentuk cincin iaitu
sebentuk cincin belah rotan dan sebentuk cincin berlian.
Wakil keluarga Redzwani itu enggan namanya didedahkan,
mendakwa mereka menunggu Shahz sendiri mengumumkan perkara tersebut
kepada pihak media dan orang ramai, sebaliknya pelakon itu tidak berbuat
demikian. Oleh sebab itu, dia telah tampil untuk memberikan pengesahan tentang
perkara tersebut kepada pihak media.
Wakil keluarga itu turut memberitahu yang dia berbuat
demikian kerana mereka sekeluarga enggan nama Redzwani dikaitkan lagi dengan
pelakon lelaki tersebut. Katanya:-
Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia
biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, namun
dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri, dan apabila
ditanya mengenai hubungannya dengan Shahz, dia akan menangis. Jadi saya
berharap dia tidak akan diganggu lagi selepas ini supaya tumpuannya kepada
pelajaran tidak terjejas.
Wanita itu juga melahirkan kekecewaannya terhadap Shahz
kerana memberitahu kepada pasangan yang ditangkap khalwat dengannya yang dia
bertunang atas paksaan keluarga.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Shahz dikatakan
telah ke sebuah restoran di Bangsar untuk bersemuka pasangan khalwatnya semalam
bersama pihak media. Bagaimanapun, perbincangan yang diharapkan bertukar kepada
pertikaman lidah, apabila kedua-dua pihak mempertahankan kenyataan
masing-masing.
Menerusi laporan Harian Metro, wanita tersebut
bernama Farah Nurizzati Salleh tetap mempertahankan yang Shahz pernah
mengatakan untuk bersamanya dan Shahz juga menyatakan perkara yang sama kepada
pihak JAIS.
Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua
memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu
tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta
ada dengan saya.
Farah tetap menafikan yang dia mengada-ngadakan cerita, dan
menambah dia pernah dibawa berjumpa dengan keluarga Shahz oleh Shahz sendiri
dan dia juga pernah berjumpa dengan tunang Shahz
Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah
menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.
Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil
menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba
mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan
biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran.
0 comments:
Post a Comment