SHAH ALAM – Penyanyi terkenal, Black Mentor yang selama ini
menyimpan kisah peribadi termasuk hal pertunangannya mengakui ikatan yang
dijalin hampir terputus kerana buatan orang.
Ujarnya, dugaan itu datang sebulan selepas dia mengikat tali
pertunangan dengan gadis pilihannya yang dikenali dengan nama Cira Khairi.
Ketika itu katanya, perasaan bercampur-baur mula
menyelubungi diri masing-masing. Waktu itu, pergaduhan dan pertikaman lidah
mudah saja tercetus, walaupun dek kesilapan kecil.
Tidak tahu punca sebenar sehingga berlaku ‘perang besar’,
Black bertindak menemui pakar rawatan alternatif.
Dari situ dia menyedari, mereka terkena buatan orang.
“Sebab itu saya tidak mahu menonjolkan dirinya kepada umum.
Kami bergaduh sampai ke tahap masing-masing sudah tiada perasaan dan hampir
saja memutuskan pertunangan. Saya tidak tahu siapa yang lakukan? Tetapi saya
diberi tahu, orang yang melakukannya ialah orang yang dikenali.
“Saya tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan sesiapa.
Namun apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya,” katanya.
Baru-baru ini, Black dan abangnya terlibat dalam satu
kemalangan teruk di Behrang, Perak, ketika pulang daripada menjayakan acara di
Kulim, Kedah, kira-kira jam 1.30 pagi.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami
kecederaan serius
.
Mengakui dugaan orang yang bertunang itu amat berat,
ditambah pula status dirinya seorang artis, Black bimbang berdepan ujian yang
boleh menyebabkan ikatan mereka terlerai.
Ekoran itu jugalah penyanyi kelahiran program realiti ini
enggan mendedahkan identiti tunangannya.
Bukan setakat enggan mendedahkan insan tersayang, Black
turut merahsiakan majlis pertunangannya yang diadakan 26 Januari lalu.
Katanya, dia akan memanggil satu sidang media nanti untuk
mengumumkan tarikh, tema dan lokasi majlis perkahwinannya.
0 comments:
Post a Comment