JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini
menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang buruh kontrak selepas
didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang,
tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap
Muidin Maidin, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes
melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu ketika
membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri
Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan
dibakar pada 12 Mac tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment