KUALA LUMPUR: Pelawak Zizan Razak mengakui terpaut hati
dengan seorang wanita yang begitu rapat dengannya.
Zizan atau nama
sebenarnya Razizan Razak, 29, bagaimanapun berkata, dia masih lagi belum
bersedia memberitahu wanita tersebut tentang perasaan hatinya itu.
"Saya memang
berkenan dengan seorang wanita yang cukup rapat dengan saya.
"Tetapi dia belum
tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya,"
kata Zizan.
Zizan ditemui pada
majlis sambutan hari lahirnya yang ke 29 anjuran kelab peminat pelawak itu di
Restoran Felda Villa di sini, Isnin.
Tambah Zizan, pada
sambutan hari lahirnya itu, wanita tersebut turut menghadiahkannya sebuah
telefon bimbit IPhone 5.
Ditanya apakah
ciri-ciri yang membuatkan dia meminati pada wanita itu, kata Zizan, dia sukakan
wanita yang bersifat sederhana dan tidak terlalu seksi.
Mengenai sambutan kelahiran
Zizan, pelakon itu berkata , ini merupakan sambutan yang paling menyeronokkan
buat dirinya apabila para peminatnya menerusi 'Zizan Twitter Family' sanggup
meluangkan masa untuk menggembirakannya.
"Saya tahu mereka
(peminat) akan menyambut hari jadi saya, tetapi tak sangka semeriah ini.
"Alhamdulillah,
saya bersyukur mempunyai para peminat yang sanggup bersusah senang melayari
perjalanan karier ini," ujarnya.
Antara selebriti yang
turut memeriahkan majlis hari lahir Zizan ialan Awal Ashaari, Johan As’ari,
Emma Maembong, Caca Maembong dan Kaka.
Dalam perkembangan
lain, Zizan bakal muncul dalam filem Bikers Kental, KL Zombie, KL
Gangster 2 dan Tokan.
0 comments:
Post a Comment