February 08, 2013

HIBURAN : Shila Amzah Menangis Ketika Menyanyikan Lagu Ombak Rindu

Leave a Comment


Kalau anda tidak merasai kesedihan yang dialami oleh Shila Amzah ketika menonton video ini, anda pasti seorang yang hati kering. Terasa sebak melihat mata bengkak Shila yang menitiskan air mata sepanjang menyanyikan lagu Ombak Rindu.

Video ini telah diupload oleh Shila Amzah menerusi laman YouTubenya dan kemudiannya telah pun dibuang kira-kira sejam selepas itu. Sedih betul mendengar kata-kata yang diucapkan awal video ini. Memang Shila tengah sedih sangat.

"Assamualaikum semua. Sha harap semua okey..Sha minta maaf sebab timbulkan kerisauan pada semua. Sha…(dengan suara tersekat-sekat, dan kemudian berhenti dan menangis) mak…abah.. Sha minta maaf sangat eh.. Sha rindu sangat pada semua orang…."



Kepada Shila Amzah, tabahlah. Jangan sedih-sedih. Kumbang bukan seekor. Cuba bawa berbincang dengan keluarga anda. Jangan larikan diri daripada masalah. Hadapinya. Banyakkan berdoa dan mohon pertolongan daripada Yang Esa. Semoga bahagia menanti anda suatu hari nanti.

Sumber : BeautifulNara.com

0 comments:

Post a Comment

.