Sebelum ini kecoh dengan pernikahan Siti Fazurina yang dikatakan tidak mendapat restu daripada ibu kandung aktres itu sendiri, Zubaidah Abu Bakar, 61.
Hari ini juga berlangsungnya persandingan Fazurina dan suaminya, Muhammad Hykal Zulkifli, 32, di Pearl Island Country Club, Bayan Lepas, setelah bernikah pada 20 Disember tahun lalu di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Bin Freedam Shah, 59.
Terbaru, memetik laporan akhbar online, MStar, Zubaidah mendedahkan pernikahan anak sulungnya itu adalah tidak sah di sisi undang-undang.
Fazurina, 30, telah memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang bagi mendapatkan kebenaran berkahwin.
“Dia memberitahu kepada pejabat agama bahawa dia anak tunggal walhal dia mempunyai dua adik lelaki seibu sebapa yang boleh menjadi wali untuknya.
“Penipuan itu telah menyebabkan pihak mahkamah membenarkan dia bernikah dengan berwalikan bapa saudaranya.
“Fazurina juga telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ,” katanya.
Hmmm, tak tahu nak cakap macam mana dengan masalah yang menimpa pelakon drama Trilogi Cinta ini.
Diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin dan semoga silahtuhrahim di antara ibu dan anak serta menantu tidak akan terputus sampai bila-bila.
adeeehhh...makin pening pulak dengan perkahwinan dia nih.
ReplyDelete