Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu artis tanah air kita iaitu Siti Fazurina yang dikatakan "Kahwin Lari" hmm....mungkin ada sebab dan musababnya beliau berbuat begitu.
Susulan khabar bahawa pelakon, Siti Fazurina yang telah bernikah tanpa pengetahuan keluarga di Masjid Jamek, Sungai Pinang, Pulau Pinang pada Khamis lalu, pelakon drama ‘Dunia Anita’ ini menjelaskan bukan niatnya untuk senyap atau melarikan diri daripada masyarakat.
“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara ‘face to face’ untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina yang dipetik daripada portal Gua.
Fazurina turut mengakui yang dia dan suami, Hykal Zulkifli agak terkejut dengan kontroversi yang menimpa mereka.
“Kalau boleh Rina tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebab kalau ikutkan, tiada sebarang isu pun. Tapi kalau pihak media menuntut penjelasan daripada Rina dan suami, Rina tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Rina akan buat sidang media dalam waktu terdekat untuk jelaskan semuanya. Mungkin dalam bulan ini juga. Rina akan maklumkan kemudian nanti.” ujarnya lagi.
Selain itu, Fazurina sempat memohon maaf kepada media kerana tidak menjemput ke majlis pernikahannya. Namun, akan menjemput media untuk majlis resepsi perkahwinan mereka pada 9 Februari hadapan.
“Lokasi belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, Rina akan buat di Pulau Pinang sebab Hykal orang sini dan sanak-saudara Rina juga ramai di sini,” tambah Fazurina lagi
p/s : apa-apapun kita doakan semoga pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat...Amiiinn..
0 comments:
Post a Comment