September 27, 2012

SUKA-SUKA : Restoran MCD Pertama Di Dunia

Leave a Comment
Permulaan obesiti!

Sekarang sedang musim orang gila membeli Samurai Burger dari McDonalds. Kami tak rasa lagi pasal kami tak ada duit nak makan fastfood. Blogger miskin makan mamak sahaja untuk mengisi perut. Tahukah anda bagaiman rupa restoran McDonalds yang pertama di dunia? 


McDonalds pertama dibina pada Disember 1948 oleh pasangan adik beradik Richarddan Maurice McDonald di San Bernadino California. Pada awalnya McDonalds ialah sebuah diner yang menjual pelbagai makanan tetapi Richard dan Maurice menyedari mereka lebih banyak menjual hamburger, kentang goreng dan milkshake berbanding makanan lain. Mereka mendapat idea untuk membuka restoran yang hanya menyediakan menu yang kecil tetapi dengan servis yang pantas. Maka konsep restoran"makanan segera" pun tercipta dan cara makanan dihasilkan di McDonalds banyak dipengaruhi sistem assembly line kilang pembuatan kereta Ford.  Pada waktu ini maskot McDonalds bukanlah Ronald McDonald tetapi Speedee. 


Kami tak pasti bila restoran McD pertama sekali dibuka di Malaysia. Apa yang pasti restoran McD yang terletak berhampiran Jaya Supermarket, Sekysen 15 Petaling Jaya ialah MCD yang pertama sekali kami pergi. Siap masuk dalam filem Gila Gila Remaja. Good times!




SUMBER : SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment

.