Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Hai Assalamualaikum semua, hari ini mambang nak kongsikan beberapa Ilmu Blogspot untuk blogger Malaysia yang mambang tahu serba sedikit je la ye..
Ok melalui entry Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini, mambang nak dedahkan beberapa teknik khas yang wajib dikuasai oleh para blogger semua ya.
Kuasai Teknik SEO
Pasti ramai blogger yang kurang mahir dalam menggunakan SEO ( Search Engine Optimization ). Begitulah juga dengan mambang sendiri yang kurang mahir menggunakan teknik ini walaupun dah beberapa kali belajar dari sini. SEO merupakan satu teknik yang mesti dimiliki oleh beberapa blogger supaya link blog kita berada di halaman utama page google apatah lagi berada di bahagian atas sekali. Jadi moh kita sama-sama praktikkan teknik ini dengan merujuk kepada link blog yang mambang sertakan itu. Ingat, kaedah SEO ini begitu penting dan sudahpun diamalkan sejak turun-temurun oleh para blogger hebat.
Mesti ada 'Sitemap'
SITEMAP - atau istilah yang mambang panggil ialah 'isi kandungan'. Setiap blog / website mestilah mempunyai sitemap kerana ia sangat berguna untuk pembaca / pengunjung yang datang bertandang ke blog kita. Kegunaan sitemap ini ialah dengan menyenaraikan kesemua entri / post yang kita publish / terbitkan bermula dari blog / website anda ditubuhkan. Banyak cara untuk kita membuat sitemap ini yang anda boleh dapati di google.com dengan menggunakan keyword 'buat sitemap untuk blogger'
Selalu 'Ping Entry'
Apa itu PING ??
Hahaha sebenarnya mambang sendiri pun tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan 'ping' . Apa yang mambang tahu, ping ialah salah satu cara yang digunakan oleh beberapa blogger hebat di dunia ini. Kaedah ping entry ini bermaksud kita menghantar link entry kita ke laman sosial, group blogger, serta website yang menyediakan perkhidmatan ping ini seperti busuk.org, blogr.my, pingje.com, apesal.com yang ni ja yang mambang selalu guna dan banyak lagi. Daftar percuma sahaja ok. Dari situ kita sudah berjaya menaikkan trafik kita dengan 'mengelirukan' pembaca menggunakan propaganda kita sendiri. hahaha. Oh ya sebelum itu kalau ada yang nak ping entry kalian ke group facebook boleh menggunakan link sini.
Ok itu saja penyampaian mambang mengenai Ilmu Blogspot Blogger Malaysia setakat ini, diharap semua dapat mempraktikkan diri sendiri dalam menggunakan beberapa teknik yang mambang bagi tu ya. Sekian.