16 Mei - Seluruh dunia telah menghafal tarikh keramat ini dimana pada setiap tahun bertarikh 16 Mei, setiap warga pendidik ataupun pengajar pasti dirai.
Setiap tapak perhimpunan ataupun padang sekolah pasti akan penuh ketika tibanya 16 Mei. Sambutan Hari Guru diadakan untuk para pelajar / murid mengenang jasa-jasa serta ilmu yang diberikan walaupun hanya huruf 'A' .
Di kesempatan ini, mambang juga nak ucapkan kepada semua yang pernah menyampaikan ilmu kepada mambang samada secara langsung mahupun tidak langsung. Bermula dari Tadika Abim, Tadika Perpaduan, Sekolah Kebangsaan Petani Jaya, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang, SMKA Sik, SMK Sik, UiTM Merbok, Kedah dan tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang pernah mengajar mambang dalam apa jua bidang sekalipun kerana sesungguhnya ilmu yang tuan/puan berikan adalah sangat berharga dan tidak mampu untuk ditukar dengan nilai wang. Kamu sungguh bersabar dengan pelajar yang degil seperti mambang ini. Parut rotan yang dulu masih lagi kemerahan seperti baru semalam kena. Urat sakit masih lagi berdenyut dan setiap denyutan itu memberikan seribu pengajaran kepada mambang. Terima kasih cikgu.
#Selamat Hari Guru