Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini (13/3/2014) sudah masuk hari ke-lima misteri kehilangan pesawat MAS MH00370 ini. Seperti yang kita semua tahu, pada tanggal 08/03/2014 yang lalu, pesawat MAS MH00370 yang ditugaskan untuk membawa penumpang ke Beijing, hilang dari dalam bacaan radar tanpa mesej kecemasan SOS.
Misteri kehilangan ini telah mendapat perhatian penuh dari seluruh negara di mana mereka juga terkejut akan insiden ini. Pelbagai inisiatif serta aset yang telah dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Namun, sehingga hari ini masih belum ada apa-apa berita mengenai kehilangan Pesawat MAS MH00370 ini.
Malah, hampir seluruh negara di dunia ini turut menghulurkan bantuan bagi membantu operasi Search and Rescue MH00370. Dalam temu ramah Buletin Utama TV3 bersama dengan Kapten Noruddin Abdul Majid ketika ditanya mengenai misteri ini, beliau memberitahu bahawa kita perlu kembali memohon kepada sang Pencipta apabila semua teknologi yang dimiliki tidak mampu lagi untuk mengesan kehilangan pesawat MH00370 ini.
Dan yang menarik di sini adalah di mana baru-batu ini KLIA digemparkan dengan kehadiran seorang bomoh yang dikenali sebagai Ibrahim Mat Zain dengan gelaran Raja Bomoh Nujum VIP yang dikatakan menggunakan kaedah beliau sendari untuk mencari atau mengesan Pesawat MH370 ini.
Aktiviti ritual itu telah mendapat komen daripada seorang penceramah terkenal iaitu Dr Maza ( Dr Mohd Asri Zainul Abidin)
Di sini, mambang nak ingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak mempercayai mana-mana spekulasi yang dikeluarkan di media sosial yang tidak mempunyai bukti kukuh dan rasmi.
Sama-samalah kita berdoa agar Misteri Kehilangan Pesawat MH00370 ini terungkai dengan berita gembira dalam masa terdekat ini. Hanya kepadaNya kita berserah setelah segala usaha yang kita lakukan masih kabur.
Bomoh merapu.. siap nak penampar buaya orang.. pekebenda la..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan pencarian MH370.
ReplyDeleteMemang tak patut. Huhu.
ReplyDeletebomoh tu mcm tak betul je... haha
ReplyDeletesyirik ja, xtau kenapa bole tembus pula d malaysia //huhuh
ReplyDeleteIsh3 .. Bomoh ni
ReplyDelete#Pray4MH370
ReplyDeleteTah apa-2 la bomoh-2 ni. Nak popular ke?
ReplyDeletebomoh tew mengarut jew memalu kan .
ReplyDeletemengarut je bomoh ni
ReplyDeletegeram tengok bomoh ni ><
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan pencarian MH370.
ReplyDeletekat mana agaknya MH370 tu brda ye... PrayForMH370
ReplyDeletePray for MH 370
ReplyDelete