Tempat Menarik di Kuala Terengganu
Pasti ramai yang sudah tahu bahawa tahun 2013 merupakan Tahun Melawat Terengganu . Apa yang pasti bagi tahun 2014 pula, program Tahun Melawat Malaysia telah dilancarkan. Melalui program ini, pelancong ataupun penduduk tempatan boleh melawat beberapa tempat yang menarik di alam Malaysia.Di Malaysia, terdapat beberapa tempat menarik serta unik yang boleh dikunjungi. Di entry kali ini, mambang hanya nak menulis tentang beberapa tempat yang sempat mambang singgah ketika program bersama Blooggers Dot Com dan SUMAI HOTEL APARTMENT baru-baru ini.
TAMAN PANORAMA
Pada hari pertama kami di Kuala Terengganu, setelah selesainya sarapan di Bintang Laut Restaurant @ SUMAI HOTEL APARTMENT kami telah dibawa untuk ke Taman Panorama yang terletak hanya 10 minit sahaja dari SUMAI HOTEL APARTMENT .
Meskipun tidak ramai yang mengetahui tentang Taman Panorama ini, namun ia merupakan salah satu Tempat Menarik di Kuala Terengganu yang patut dikunjungi oleh semua pelancong setelah menjejakkan kaki anda di Kuala Terengganu.
Antara panorama yang sempat dirakamkan oleh jurulensa kami [ iluvtour.com ] |
Taman Panorama atau Bukit Panorama adalah sebuah tempat untu anda melihat seluruh panorama kota Kuala Terengganu. Bagi mereka yang gemar untuk mendapatkan angin segar secara percuma, bolehlah singgah di sini sambil melepaskan stress setelah penat bekerja.
Mestilah kena bergambar dulu ye untuk kenangan...hahaha |
TAMAN TAMADUN ISLAM ( TTI )
Ok untuk destinasi seterusnya, kita ke Taman Tamadun Islam. hahaha dah macam tour guide plak kn...
Sepanjang hidup mambang selama 20 tahun, ini merupakan kali kedua mambang menjejakkan kaki ke sini. yang first dulu masa rombongan sekolah...hahaha
Di sini, terdapat lebih kurang 23 buah monumen masjid yang dicipta dan masing-masing mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri.
Great Mosque of Samarra, Iraq |
Great Mosque of Agadez, Nigar |
Semua info mengenai monumen yang terdapat di sini, ada tertulis dalam buku ini ya...hahaha |
Taman Tamadun Islam yang turut menjadi tempat jajahan Blooggers Dot Com ! |
MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Selepas ini, kita akan bergerak pula ke Muziun Negeri Terengganu. vroooommmmm.....hahaha
Sebahagian pemandangan dari luar Muzium |
Ok dah sampai...hahaha
Muzim Negeri Terengganu ini terletak berhampiran dengan Taman Tamadun Islam, jalan kaki pon boleh sampai...
Di sini, segala sejarah berkaitan Terengganu disimpan secara rapi dan dijaga dengan teliti oleh pihak muzium. Bagi mereka yang ingin menimba ilmu mengenai sejarah, bolehlah melawat ke sini. Tapi ingat ! Hanya buku nota sahaja dibenarkan untuk di bawa masuk. Kamera tak boleh ! hahaha
Para bloggers diberi penerangan secara ringkas oleh pengurus muzium ini sendiri. ( kak anis tengah buat apa tu ? ) |
Kembali ke zaman batu ! hahaha. |
RIVER CRUISE, TAMAN TAMADUN ISLAM
Setelah penat berjalan, kita akan kembali ke lokasi Taman Tamadun Islam tapi untuk kali ini, bukan nak tengok monumen lagi.
Kali ini, kita akan menaiki River Cruise yang yang dikemudi oleh dua orang kapten dari mereka. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang akan dikenakan untuk satu trip. Ok sila pakai jaket keselamatan dengan betul sebelum kita menjelajahi Sungai Terengganu ini.
Ok meh kita dengar dulu taklimat tentang cara pemakaian jaket keselamatan ini. |
Ini buka senyum paksa ye, tapi senyum dek kerana sinaran uv yang telus ke muka kami...hahaha |
Antara pemandangan yang korang boleh nampak ketika menaiki River Cruise ini |
Pemandangan Masjid Kristal yang tersergam indah |
Amacam perjalan ok tak ? hahaha
Lokasi seterusnya kita akan ke STR SDN. BHD. Di sini kami berkesempatan untuk menyaksikan dengan deria penglihatan kami sendiri tentang cara untuk menghasilkan batik.
Para blogger yang sedang menanti untuk proses mencanting dan mewarna batik |
Kami diberi kesempatan untuk mencanting serta mewarna batik sendiri.
Ha nampak...sumbangan mambang walaupun hanya mewarna, nilai ketekunan dan kesabaran haruslah dititikberatkan...hahaha |
Proses mewarna setelah selesainya proses mencanting selesai |
Ok siap ! taraaaaaa ! hahahaha |
Sedikit info di sini : SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa pakej trip untuk anda kunjungi sekiranya anda menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT .
Baca di sini untuk info mengenai SUMAI HOTEL APARTMENT : Hotel Murah di Terengganu
teringat kenangan buat atik.phewww.letih siakkk!.ehhee
ReplyDeletefarisya. letih tapi best!!.:P
ReplyDeletecayalah mambang.....bila mambang berkata-kata....haha
ReplyDeletewah bestnye..harap dapat pergi lagi..
ReplyDeleteinsyaAllah kalau ada masa nanti :)
Deleteteringin sangat nak pergi taman monumen dan masjid kristal
ReplyDeleteBestnya...
ReplyDeletewah..majoriti semua blogger kenal2 nieh..bestnyer =D
ReplyDeleterupanya ada banyak lagi tempat menarik di terengganu :)
ReplyDeletehrp boleh sampai sana jgk :)
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah sini...teringin nak lihat keindahan Masjid Kristal dengan lebih dekat lagi..
ReplyDeletetak pernah pi terengganu lagi..huhu..
ReplyDeletewoh...ganu kite. boleh makang kepok lekor
ReplyDeletemenarik..tgh survey tempat2 menarik sekitar terengganu..
ReplyDeletehehe...actually tempat ni ja yang mambang sempat bertandang...ada banyak lagi tempat menarik ni...sesuai musim cuti sekolah
Delete