December 26, 2013

Cerita di Masjid Al-Aqsa dan Tembok Kota Lama Jerusalem

3 comments
Assalamualaikum dan salam Jumaat, penghulu segala hari untuk anda semua. Entry kali ini adalah berkisar tentang kembara tuan punya blog Denaihati.com.my di dalam misinya yang bertajuk Kembara Palestin.

Cerita di Masjid Al-Aqsa dan Tembok Kota Lama Jerusalem

MASJID AL-AQSA



Nama Masjid Al-Aqsa yang bermaksud "masjid paling jauh" ini diambil bersempena dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Menurut Islam, Nabi Muhammad S.A.W telah dibawa dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa sebelum berangkat ke langit ketujuh ( Sidratul Muntaha ) ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

Pada asalnya, Masjid Al-Aqsa dibina oleh Saidina Umar Al-Khatab dengan menggunakan kayu pada tahun 638M.


Ramai yang terkeliru dengan carian gambar mengenai Masjid Al-Aqsa ini. Mengikut sumber sebenar, kubah masjid yang berwarna emas adalah bukan gambaran Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Gambar sebenar ialah seperti gambar di atas.


Masjid Al-Sakhra yang dibina oleh Yahudi yang mempunyai kubah berwarna emas itu adalah bertujuan untuk mengelirukan kita dan umas Islam yang lain.

Di dalam lingkungan Masjid Al-Aqsa juga terdapatnya sebiji batu besar yang dalam keadaan terapung. Batu ini dikatakan pada ketika dahulu ia ingin mengikuti Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Namun Nabi Muhammad S.A.W menghentakkan kakinya ke atas batu tersebut agar batu itu berhenti dari mengekorinya.

TEMBOK KOTA LAMA, JERUSALEM



Bila terlihat tembok ini, pasti ramai yang terbayangkan akan perjuangan pejuang Islam kita iaitu Salahudin Al-Ayubi.

Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Yusuf Bin Ayyub merupakan pemimpin yang berani, penyabar orangnya. Beliau juga berjaya menawan kota Baitulmaqdis pada tahun 1187. Beliau juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmaqdis tidak kira Kristian, Muslim dan Yahudi.

Namun, pada tahun 1243, Baitulmaqdis jatuh kembali ke tangan orang Kristian dan kemudian kembali ke tangan orang Muslim. Tembok Baitulmaqdis yang dapat dilihat hingga ke hari ini adalah binaan Sumaiman al-Qanuni dari Empayar Turki Uthmaniyyah.

Di dalam tembok ini juga terdapat Masjid Al-Aqsa, Qubbat As-Sakhrah dan Al-Haram Al-Sharif.

Sekian sahaja untuk setakat ini.
Jika ada terdapat kesalahan fakta mengenai info di atas, sila nyatakan di ruangan komen.

Sumber gambar daripada denaihati dan denaihati.com.my

3 comments:

  1. wah... dah keluar cerita hebat...
    Tahniah atas usaha anda...
    semoga berjaya

    ReplyDelete
  2. thanks for your information
    keep it up.
    akan datang melawat sini lagi

    ReplyDelete

.