Shah Alam, 1 Okt 2013: Lima tahun membina nama sehingga
diiktiraf sebagai Mentor & Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan
Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group
of Companies berkuatkuasa hari ini.
Tindakan ini diambil sebagai salah satu
proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. Sehubungan itu,
operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd
Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bermula serta-merta. Yasmin
merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, Shell.
Berkelulusan dalam bidang kewangan
dan perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan
satu-satunya anak Melayu yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran
global (Global Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA)
serta ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) dan Chartered Global
Management Accountant (CGMA).
Beliau menyertai Richworks Group of Companies
bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.
Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International.
Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International.
Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia
bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan
yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies
kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.
Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.
Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.
PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI EKSEKUTIF RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd

- Penulis
buku pemasaran Bahasa Malaysia paling laris iaitu "Kuasai Pemasaran,
Rahsia Menarik Pelanggan" dan buku terbarunya "Magnet Kekayaan
& Kejayaan"
- Seorang
Mentor Usahawan & Pemasaran No.1 Asia serta usahawan &
multi-jutawan yang mempunyai 24 syarikat di dalam beberapa industri di
Malaysia dan Singapura
- Pemegang
saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa
Malaysia
- Seorang
pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan - mempunyai agensi yang
bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan
majalah
- Sering
kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips
motivasi
- Sering
dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti
- Sejak
2008, lebih daripada 365,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya
yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan,
suri rumah dan pelajar
- Terlibat
secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih
dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu
pejabat di London, United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen
dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF
dan MAKNA.
0 comments:
Post a Comment