PAGI 6 Mei 2013 - sehari selepas PRU13 - saya hubungi Helmi
Khalid, setiausaha akhbar Ustaz Azizan.
Helmi, kawan rapat saya sejak sekolah. Apabila kawan sendiri hilang pekerjaan dengan tumbangnya Kerajaan PR Kedah pada pilihan raya itu, sudah tentu saya perlu bantu jika dia memerlukan. Paling tidak bertanya khabar. Niat saya mahu pelawa Helmi kembali jadi wartawan. Itu pun kalau dia mahu.
Belum pun lama kami berhelo. Helmi tiba-tiba beritahu dia terpaksa letak telefon.
"Sorry Mat, aku kena letak dulu. Ustaz dah sampai," katanya.
"Hang di mana ni? Bunyi kalut semacam ja...", "Aku di KMC, Ustaz sakit kaki, penyakit dia tu lah," jawab Helmi.
Mendengar kata-katanya, rasa risau menyerbu minda saya.
Ustaz sakit! Ini penyakit kencing manis bukan main-main!
Sehari selepas pilihan raya baru dia pergi hospital. Maknanya sudah beberapa hari dia sakit sedangkan diabetiknya serius. Tidak seharusnya dia bertangguh jumpa doktor.

Dan terfikir pula saya, cabaran terhebat yang dihadapinya
ketika itu bukan daripada parti lawan tetapi dalam parti sendiri. Kasihan Ustaz
Azizan!
Saya teringat cerita seorang rakan bahawa Ustaz beritahunya, dia bukan tidak mahu lepas jawatan. Tetapi sesiapa juga, apa lagi sebagai pemimpin, jika apa yang ada dalam tangan mahu direntap, sudah tentu kena bertahan.
Bukan untuk kepentingan diri tetapi amanah menjaga jemaah apa lagi negeri penting untuk diserah kepada orang yang sabar, penyerahan baton memerlukan suasana transisi yang kondusif.

Jadi atas andaian itu, saya faham mengapa Ustaz Azizan
tidak awal-awal pergi hospital yakni sebelum pilihan raya. Jika dia ditahan di
wad, ini akan jadi modal besar oleh pihak lawan dari luar, mahu pun
dari dalam!
Sesiapa pun juga pun tidak boleh menafikan hakikat pergolakan dalaman Pas Kedah waktu itu.
Sejak tarikh itu, Ustaz terus berumahkan hospital, dari KMC ke Hospital Pulau Pinang, balik ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hingga ke rumah terkininya di kuburan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena sejak waktu Asar petang semalam - menepati wasiatnya mahu berjiran dengan mentor yang juga rakan karibnya, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.
Teringat saya akan cerita Allahyarham ketika kami berborak di pejabatnya dua tahun lalu. Katanya, sewaktu menjawat jawatan Setiausaha Perhubungan Pas Kedah, dia pernah diminta oleh ramai pemimpin Pas Pusat menggantikan Ustaz Halim Arshat yang ketika itu sedang sakit, sebagai Setiausaha Agung.
Permintaanmereka ditolak oleh Ustaz Fadzil: "Hang pa jangan dok kacau Ustaz Azizan, dia ada banyak kerja nak kena buat di Kedah." Begitulah Ustaz Azizan mengulang kata-kata Ustaz Fadzil tengah hari 29 Mei 2011 itu.
Begitu jauh bacaan Ustaz Fadzil. Dia seperti sudah tahu akan takdir Ustaz Azizan daripada kerja keras yang diaturnya sejak 1980an, akhirnya Pas akan menang di Kedah, dan dia sendiri jadi MB Pas yang pertama!
Ustaz Azizan sememangnya 'protege' Ustaz Fadzil yang paling kanan, juga yang paling menjadi. Dan sememangnya teramat sukar bagi saya untuk memahami akan 'ijtihad' pihak yang menentangnya dalam Pas. Apa yang mendorong mereka sebenarnya?
Saya teringat Tok Guru Nik Aziz sendiri di Seri Mentaloon pernah sebut, orang yang layak jadi Presiden Pas adalah Azizan. Kebetulan pada masa itu Tok Guru khabarnya tengah 'bengang' kepada beberapa pemimpin kanan Pas berhubung isu Kerajaan Perpaduan dengan Umno.
Azizan bagaimanapun bukan pemimpin yang tamak, jika itu yang mahu disebarkan oleh pihak yang menentangnya. Walaupun berpeluang cerah untuk mendaki jawatan yang lebih tinggi, dia menolak ketika diminta bertanding kerusi timbalan presiden.
Apa yang saya tidak lupa seumur hidup, ketika hadir kenduri kahwin anaknya yang dilangsungkan di sebuah rumah kampung di Teras Jernang, Bangi - ketika dia sudah jadi MB - pesannya kepada saya, "Mai makan kenuri sudah la na, jangan dok masuk dalam Sinar pulak!"
Kendurinya sederhana sahaja. Kenduri Pengerusi JKKK pun mungkin lebih grand daripada Ustaz Azizan!
Saya tanya kepada Setiausaha Politiknya, Sanusi Md Noor mengapa tidak buat kenduri di Alor Setar, jawab Sanusi: "Ustaz tak mau orang sponsor! Dia pernah buat di sana (Kedah) sebelum ni, RM100 ribu juga habis. Dia terpaksa pinjam RM20 ribu sorang daripada Exco untuk cover kos," katanya.
Sanusi juga pernah cerita bagaimana dia teruk dimarahi bosnya itu akibat terlepas cakap mahu beritahu wartawan mengenai Tabung Tunku Mahmud (TTM) yang diasaskannya. "Dia maki aku, dia kata hang ingat aku ni macam Tok Guru (Nik Aziz) ka? Depa tu tak pa dah la, tak berasa apa dah.
Aku ni kalau buat kebajikan sikit, hang pa nak cerita kat orang, jadi riyak la pulak. Elok nak dapat pahala, jadi dosa," demikian Sanusi mengimbas kenangan.
TTM diasaskan Ustaz Azizan sebaik dia naik jadi MB dengan gajinya sendiri dipotong sekitar 20 peratus bagi tujuan membiayai pendidikan golongan miskin di Kedah. Dia juga minta anggota Exco menyumbang secara tetap melalui potongan gaji kepada tabung itu.
Wartawan Kanan Sinar Harian Kedah, Roslinda Hashim beritahu saya, dia pernah pujuk Ustaz Azizan untuk bercerita mengenai tabung itu tetapi ditolak. "Dia kata, buat apa nak cerita, tak elok hebah kat orang apa-apa kebajikan yang kita buat, nanti jadi dosa!"
Kerana itu, hingga kini kami tidak tahu berapa banyak gajinya dipotong untuk TTM kerana dia sendiri terlalu berahsia mengenainya.
Saya tidak rapat dengannya sebagaimana yang disangka kawan-kawan. Seseorang pemimpin yang kita kagumi, kita kasihi adalah atas kepimpinan, kewibawaan dan keyakinan kitaterhadapnya, bukan kerana dia mengenali kita secara peribadi.
Terlalu ramai orang yang perlu dikenali oleh seseorang pemimpin, jadi tidak boleh anggap diri kita masing-masing terlalu penting untuk mesti dikenalinya sebelum kita terima dia sebagai pemimpin!
Saya hanya rapat dengan pegawai-pegawainya, Helmi, Sanusi, Ustaz Rosli Azmi, Ustaz Hassan Razak, Mohd Radzi dan beberapa orang lagi. Cuma apa yang saya pernah tahu, dia pernah memarahi dua pegawainya kerana tidak memperkenalkan saya kepadanya dalam satu majlis di Petaling Jaya pada tahun pertama dia jadi menteri besar. Setelah balik ke Alor Setar, barulah dia tahu saya juga hadir majlis itu.
Sepanjang dia jadi MB, hanya sekali kami duduk bersembang agak lama - hampir dua jam - di Wisma Darulaman dalam satu kunjungan tanpa temu janji. Saya mulanya hanya mahu bersalam dengannya dan setelah dapat izin untuk masuk ke biliknya, saya menyapa: "Minta maaflah Ustaz kami mai dok ganggu Ustaz tengah sibuk ni!"
Sapaan saya dibalas dengan kejutan: "Dah hangpa tau saya sibuk, dok mai buat apa?"
Alamak! Masam-masam manis saya pandang Helmi yang langsung beri isyarat kepada saya minta bertenang. Rupa-rupanya itu memang stail pemimpin yang dikatakan 'cengey' atau bengis, antara sebab yang dihebohkan oleh pihak yang mahu menurunkannya dari kerusi MB Kedah.

Kami kemudian berborak mesra dan Ustaz Azizan berkata: "Sapa-sapa mai jumpa saya tengah hari selagi tak makan nasik tak boleh balik!"
Nah! Mahu tak mahu, terpaksalah kami 'balun' dalam bilik pejabatnya itu juga.
Saya ambil peluang tanya Ustaz, mengapa dia nampak rapat
sangat dengan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan saya
katakan kepadanya, "saya perhati tiap-tiap gambaq Ustaz berjalan keluaq
dari Dewan dengan Tok Det, bukan setakat pegang tangan, tapi sampai nak
berpeluk sambil berjalan?"
Kata Ustaz Azizan, "keluarga saya ramai Umno, orang Umno pun keluarga saya. Soal perbezaan kita hanya dari segi politik, bukan sampai putus silaturahim. Saya belajaq sampai ke England, orang Umno yang sara. Pak Teh Mat (Allahyarham Ahmad Awang @ Penghulu Mat, bekas Adun BN Sala) tu pak menakan (saudara) saya," katanya.
Azizan juga pernah sebut sebagaimana yang dilaporkan akhbar, Umno - Pas di Kedah seperti hubungan adik abang. Barang kali itu juga sebabnya dia jadi sasaran pihak tertentu dalam PR yang tidak senang dengan pendiriannya itu.
Azizan telah menunjukkan contoh kewibawaan yang terbaik. Dia utamakan perpaduan. Dia juga utamakan ilmu. Saya sambut baik kepimpinan MB baru Kedah, Datuk Mukhriz antara lain kerana Mukhriz telah menunjukkan penghormatan yang sangat tinggi kepada Azizan dengan cuba menziarahi bekas MB itu seawal hari pertama Azizan di KMC, selepas dia sendiri angkat sumpah MB di Istana Anak Bukit.
Ini satu teladan amat baik ditunjukkan Mukhriz. Saya harap Mukhriz tidak abaikan wasiat Azizan kepadanya pada 7 Mei, minta penggantinya itu jaga baik-baik Insaniah dan realisasikan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba.
Saya yakin penghormatan Mukhriz terhadap Azizan bukan dibuat-buat. Bondanya, Tun Dr Siti Hasmah sebagaimana cerita seorang pemimpin Pas Kedah, dalam keadaan matanya yang rabun teruk, pun juga tetap mahu menziarah Azizan di hospital.
Sudah tentu penghormatan dan keraian mereka terhadapnya bersebab dengan sikap dan perwatakan Azizan sendiri.
Azizan kini sudah jadi kenangan abadi bagi kita. Dia pergi dalam keadaan kita masih memerlukannya. Itulah takdir ALLAH yang memberi tempoh singkat kepada hambaNya itu untuk kita terus merindui dan mengingatinya.
Meskipun singkat, jasa Azizan terlalu banyak dan ada yang belum sempat dituai semasa keberadaannya. Itu semua akan jadi amal jariah yang abadi, manfaat kepada ummah selepas pemergiannya. Selamat bersemadi pemimpin kami, guru kami, ayahanda kami! INNALILLAHI WAINNA ILAIHIROO'JIUN!

0 comments:
Post a Comment