Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu
kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor
berhampiran Cherating, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, kumpulan konvoi berkenaan
dipercayai merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikatakan membuat
pusingan-U.
Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.
Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.
Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada Pulau Pinang menuju ke Cherating.
Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi
dirawat di Zon Separa Kritikal.
Kredit Gambar : Ohtidak.com
0 comments:
Post a Comment