August 24, 2013

TUTORIAL : Cara Menjaga Bateri Laptop

2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entry kali ini mambang keluarkan khas untuk anda yang mempunyai LAPTOP. Untuk pengetahuan semua, batteri laptop yang kita miliki mempunyai beberapa sifat sensitif dan perlu di elakkan supaya batteri kita tidak cepat rosak. Jadi mari kita lihat di bawah. 

  • Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila pertama kali anda menggunakannya.
  • Kemudian, TANPA ‘on’ laptop, cas bateri itu selama lapan(8) jam. Jika ‘indicator’ di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan cas sehingga lapan(8) jam. Ingat! Jangan sekali sekali ‘on’ laptop!
  • Selepas lapan(8) jam, cabut charger/adapter dari laptop. Dan dengan HANYA menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri itu
  • Selepas ini, anda boleh mengecasnya seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh 


Tabiat yang perlu dielakkan !

  • Elakkan dari selalu mengecas bateri- Satu bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas.
  • Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan. Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari kuasa yang ada.
  • Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan), dari menggunakan bateri 10 minit dan cas balik
  • 5 minit (ini dikira satu pusingan)
  • Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan.Kemudian cas semula. Ini akan membantu menetapkan kadar kuasa bateri
  • Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu.
  • Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa
  • Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung, dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.

2 comments:

  1. if battery dah fully charged, then cabut battery and just charge pakai charger, lebih elok ke ?

    ReplyDelete
  2. aku selalu dok main leps tu dok charge sentiasa.battery dok ada....xlama rosak la huhu

    ReplyDelete

.