July 01, 2013

HACKING : Puluhan Laman Web Terbesar Malaysia Digodam Bangladesh

Leave a Comment
Puluhan laman web yang mempunyai alamat domain .MY dan .COM.MY mengalami gangguan setelah digodam pagi tadi sehingga 2.30 petang yang disasarkan oleh kumpulan penggodam TiGER-M@TE. Malah, ada yang masih terjejas dan belum dipulihkan.

Selain dari portal microsoft malaysia, laman laman lain juga turut terjejas, diantaranya:

  1. dell.com.my
  2. skype.com.my
  3. kaspersky.com.my
  4. msn.com.my
  5. bing.com.my
  6. google.co.ke
  7. dell.co.ke
  8. skype.co.ke
  9. msn.co.ke
  10. bing.co.ke
  11. linkedin.co.ke

Penggodam berjaya menukar antaramuka laman-laman tersebut kepada skrin berwarna hitam atau anda tidak dilencongkan ke alamat antarabangsa.

Namun, kebanyakannya kini kembali pulih seperti sediakala. Meluahkan kekecewaan di Twitter dan Facebook, pengguna dari Malaysia melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Salah satu laman yang terjejas dan enggan dikenali mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu pagi: "Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul."
Reaksi dari Dell Malaysia:

Penganalisis ‘software’ Dell Malaysia telah mengesahkan ‘serangan’ siber dan menyatakan bahawa ianya tidak meninggalkan apa-apa kesan pada operasi perniagaan mereka.

“The incident has been logged,” (insiden tersebut telah dapat dikenalpasti),” kata jurucakap syarikat itu.

Buat masa ini, pihak Yahoo! Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan reaksi dari syarikat lain yang terbabit.
Kalau anda tidak boleh mengakses beberapa laman dengan alamat domain .MY dan .COM.MY menggunakan DNS queries (8.8.8.8 and 8.8.4.4) jika anda menggunakan Google DNS, anda boleh menukarnya kepada OpenDNS atau pelayan ISP DNS anda yang spesifik.
Baik pulih paling cepat adalah menukar pelayan DNS anda kepada:

0 comments:

Post a Comment

.