June 08, 2013

INFO : Cara Mengatasi Laptop Yang Cepat Panas (Overheating)

Leave a Comment

Tahukah andamasalah Laptop Cepat Panas atau Overheating ni merupakan masalah utama selepas membeli laptop. 

Komputer desktop mempunyai pengaliran udara yang lebih baik kerana saiz casing yang besar berbanding laptop yang mempunyai saiz yang kompak. Kalau awal-awal beli mungkin tiada  masalah.  Tapi kalau dah bertahun mungkin masalah ni akan datang dan berupaya untuk menjahanamkan laptop yang disayangi.

Tanda-tanda laptop overheated:

Selalu shut down sendiri secara tiba-tiba.

Skrin laptop tiba-tiba freeze/hang dan berlaku banyak kali.

Bahagian bawah laptop berhampitan dengan kipas terlalu panas walaupun hanya Operating System (OS) sahaja yang berfungsi.  Walaupun tak bukak game pun.

Biasanya bila suhunya dah terlalu tinggi laptop akan off sendiri untuk
mengelakkan kerosakan pada hardware.  Tapi kalau sistem ni tak berfungsi laptop anda akan menjadi seperti ini:
Bila hardware rosak terutamanya motherboard memang tinggi kos pembaikannya.  Lagi baik beli laptop baru je sebab mungkin harga laptop baru lebih kurang dengan harga motherboard. 

Cara nak mengurangkan kepanasan laptop:

Kalau disebabkan habuk yang melekat pada kipas laptop, compressed air bolehlah digunakan.  

Jangan letak laptop atas permukaan yang lembut contohnya atas tilam atau sofa sebab ia akan menghalang pengaliran udara di bawahnya.  Kalau tak percaya boleh try letak laptop atas tilam dan atas lantai.  Rasai perbezannnya.

Jangan simpan laptop yang masih ‘on’ dalam beg.  Konon-konon malas nak shut down.  Skrinnya boleh rosak akibat kepanasan.  Jadi, baik hibernate atau shut down dulu sebelum simpan.

Pakai cooler pad.  Dari semurah RM 5  sampai ratusan ringgit pun ada (macam Cooler Master).  Kalau kaki gamers mungkin perlukan yang mahal ni.  Tapi kalau yang pengguna biasa yang RM10 pun dah cukup.  Tapi kalau mahal pun bila habuk dah melekat tak guna jugak kan.  Oleh itu, silalah bersihkan kipasnya selalu.

0 comments:

Post a Comment

.