June 22, 2013

BERITA : Himpunan 505 di Padang Merbuk, Kuala Lumpur (Gambar + Video)

Leave a Comment


Peserta Himpunan Black 505 yang berada di tujuh lokasi kini mula bergerak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor. Kumpulan berkenaan diketuai Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Manakala 5,000 lagi peserta bergerak dari arah Sogo dan bergabung dengan kumpulan dari Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut.

Di Jalan Sultan, demonstran bergabung dengan mereka yang berada di Jalan Pudu. Mereka membawa kain rentang yang tertera bantahan terhadap penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang 300 meter.
Pergerakan yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard itu berarak sejauh lebih kurang 2 km.

“Ini adalah himpunan aman, kita minta peserta bergerak perlahan2 dan kekalkan keamanan” kata beliau sejurus sebelum bergerak ke padang merbok. Kumpulan ini kemudian bergabung dengan peserta dari Masjid Negara.

Di Brickfields, Naib presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berucap sebelum mengetuai hampir 1000 peserta untuk bergerak ke Padang Merbok.

Beliau membidas kenyataan ketua polis KL bahawa himpunan hari ini mahu mencetuskan huru-hara dan provokasi ke atas pasukan keselamatan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga meminta para peserta agar menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca berjerubu.


Di Pejabat Agung Pas, rakyat berarak sambil melaungkan hidup rakyat, hidup keadilan, SPR letak jawatan. Unit Amal Pas turut membuat benteng manusia dan pihak polis beri kerjasama baik mengawal lalulintas.

Para peserta berhimpun di Padang Merbuk

Waktu pagi di Masjid Negara





































VIDEO : 

Kehadiran YB Nurul Izzah Anwar

Gambar Khas Dari Penyokong di Shanghai, China

0 comments:

Post a Comment

.