April 02, 2013

INFO : Parlimen Sah Bubar Hari Ini (3 April 2013)

Leave a Comment


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembubaran Parlimen mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Perdana Menteri berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong jam 8.25 pagi ini di Istana Negara, di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Beliau kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, jam 9.30 pagi.

Pengumuman itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan. Beliau berucap secara langsung pada jam 11.30 pagi tadi selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Tunaikan Tanggungjawab anda sebagai RAKYAT MALAYSIA..!! Pilihan d tangan anda..

0 comments:

Post a Comment

.