March 01, 2013

SUSULAN BERITA DI SULU : Al-Fatihah Buat Perwira Negara

Leave a Comment


Kami seluruh rakyat Malayia ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dua pegawai Komando 69 PDRM iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud yang terkorban dalam pertempuran dengan pasukan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.
Kami juga berharap anggota lain yang cedera iaitu Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd. Qaiyum Afzal Zulkifli agar segera sembuh daripada kecederaan yang ditanggung mereka kesan daripada pertempuran tersebut.



(Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat)
Jasa para pegawai polis ini akan dikenang dan tersemat rapi dalam lipatan sejarah kedaulatan negara, sampai bila-bila!
Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Selamat jalan pahlawan negara.
AL-FATIHAH.

(Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud)
Sesungguhnya jasa mereka semua mempertahankan negara, agama dan bangsa tercinta daripada pihak musuh yang durjana ini tidak dapat diukur dengan ayat dan kata-kata.






Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)
4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki )(ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).






Lagi Berita Berkaitan Artikel INI

1.Salasilah Sabah Di Bawah Kerajaan Sulu
2. Penceroboh Masih Ramai Di Tanduo
3. Pertempuran Tamat , 10 Serah Diri
4. Pertempuran Tercetus Di Lahad Datu

0 comments:

Post a Comment

.