LAHAD DATU - Polis
menafikan ada anggota pasukan keselamatan menjadi tawanan kepada kumpulan
pengganas Sultan Sulu sejak OPS Daulat dilancarkan di Kampung Tanduo dan
Kampung Tanjung Batu dekat sini.
Ketua Polis Negara,
Tan Sri Ismail Omar berkata, pihak yang menyiarkan berita mengenai tawanan itu
adalah tidak berasas dan berniat jahat.
"Saya ingin
mengesahkan bahawa tiada pihak kita yang menjadi tawanan dan saya tidak tahu
daripada mana mereka dapat laporan tersebut.
"Saya sendiri
tidak mendengarnya dan apa yang dilaporkan adalah tidak benar," katanya
pada sidang akhbar di sini semalam.
Portal berita GMA
News kelmarin melaporkan mengenai dakwaan Sultan Jamalul Kiram III
yang mendakwa telah menawan empat anggota pasukan keselamatan Malaysia termasuk
seorang pegawai berpangkat kolonel.
0 comments:
Post a Comment