Semporna : Polis
menahan empat lelaki di Kampung Airport, di sini, semalam yang dipercayai
menjadi tali barut pengganas dari Sulu, Filipina, termasuk seorang daripada
mereka disyaki terbabit secara langsung dengan kejadian serang hendap di
Kampung Sri Jaya, Simunul, yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan,
petang Sabtu lalu.
Empat lelaki keturunan
Sulu berusia antara 20-an dan 50-an itu ditahan dalam operasi khas oleh
sekumpulan anggota polis daripada Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Sabah, bermula jam 12 tengah hari semalam.
Jurucakap pasukan itu
berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang
awam mengenai aktiviti mencurigakan di dua rumah di kampung berkenaan yang
lokasinya berhampiran Kem Tentera Darat, Seri Wangsa.
“Kami mula melakukan
siasatan dan risikan terhadap penghuni dua rumah itu sejak Ahad lalu iaitu
selepas kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya. “Sebelum menyerbu rumah
terbabit, polis terlebih dulu menahan seorang lelaki berusia 25 tahun ketika
dia keluar dari kawasan belukar berhampiran rumah disasarkan dan pemeriksaan
mendapati dia turut memiliki syabu.
“Pada mulanya, kami
menyangka dia mungkin sekadar penagih atau pengedar dadah, namun selepas
siasatan lanjut didapati berkemungkinan besar lelaki itu ada kaitan dengan
kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya yang mengorbankan enam nyawa pegawai
dan anggota polis kita,” katanya ketika ditemui selepas melakukan operasi
0 comments:
Post a Comment