MEIKHTILA, Myanmar :
President Myanmar, Thein Sein semalam mengumumkan perintah darurat di bandar
ini selepas sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam keganasan yang tercetus di
antara penganut Islam dan Buddha.
Perintah darurat itu
dibuat bagi membolehkan pasukan tentera membantu mengembalikan keamanan.
Situasi dikatakan semakin tegang semalam apabila beberapa kumpulan termasuklah
sami Buddha yang bersenjatakan pisau dan kayu merayau di jalan-jalan.
Ini merupakan
keganasan terburuk sejak pertempuran antara dua kumpulan penganut agama berbeza
itu tercetus di negeri Rakhine tahun lalu. Insiden tersebut mengorbankan
kira-kira 180 nyawa dan lebih 110,000 orang hilang tempat tinggal.
“Keadaan tidak
terkawal, walaupun kerajaan menyatakan sebaliknya,” kata ahli parlimen dari
parti pembangkang, Parti Liga Nasional untuk Demokrasi, Win Htein.
Beratus-ratus penganut
Islam cuba mendapatkan perlindungan di sebuah padang bola sepak dan balai
polis. Sementara penganut Buddha pula berkumpul di tokong-tokong. – AFP
syukur...malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat, aman dan makmur...jangan kita kotori dengan sifat hasad dengki, fitnah...dan yang lebih lagi menjadi pengkhianat bangsa...
ReplyDeletejgn lupa, jika rakyat filipina semakin banyak diberi kerakyatan disabah mungkin akan berlaku pergaduhan seprti ini. org tempatan sabah semakin hilang sabar sebab kebanyakkan bandar sabah dikuasai mereka.
ReplyDelete